Thursday, May 22, 2014

Berkhidmat untuk Negara


           Hai, nama ku pjan. Aku ingin ceritakan serba sedikit tentang peristiwa ku menjalani kehidupan di PLKN. Kisah ku ini bermula pada september 2011, seminggu sebelum hari jadi ku(hehe) or pada hari raya ke empat, ku sudah pun mulakan misi ku iaitu bersiap sedia untuk menyertai progam latihan khidmat negara atau lebih dikenali sebagai PLKN. Pada mulanya ku memang benci lah kat sapa-sapa yang letak nama ku untuk sertai program nie( biasalah, kebebasanku di rampas ), seperti rakan2 or orang2 yang terkena program ini, pada mulanya memanglah benci tapi akhir nanti konfem menangis. Sebelum ku terlupa, nama kem aku tu Kem Puncak Permai, terletak di pekan tondong Bau, Sarawak.

Inilah Kem Puncak Permai atau KPP, kem yang sangat cantik :)
                Seperti biasa, mula2 kami bergumpul di Dewan Jati perkasa di KPP dan di bahagikan ke tiga kompeni iaitu Alpha, Bravo dan Charlie.. Yup, tiga kompeni sebab siri kami nie sangat sedikit x sampai 300 org pun... Dan kami pun di asingkan dan di letakkan ke dorm2 yang telah di sediakan.. Aku di letakkan di Dorm L3, dan aku amat bersyukur kerana pelatih2 di dorm ini semuanya senpoi dan sporting.. Aku diletakkan di kompeni Alpha dan dilantik menjadi ketua platun....

Inilah Kompeni ku Alpha (Kompeni terbaik siri 8/2011) XD.. heeeeee credit to En Shafiq(Jurulatih PLKN kem puncak Permai dan warden dorm kami iaitu dorm L3)
Kompeni Bravo..  Kompeni Kembara halangan terbaik XD.. Pic credit to En Shafiq
Kompeni Charlie ..Kompeni Kawad terbaik XD.. Pic credit to En Shafiq
              Yang seterusnya, ku hanya letakkan gambar , kerana terlalu banyak untuk di ceritakan :P

Inilah Tuan Komanden Kem Kami Tuan Komanden Mejar Arazmi, sentiasa senyum walaupun kami nie nakal dan banyak buat hal :D sekarang Tuan Arazmi sudah balik berkhidmat ke unit asal beliau :( tapi KPP mempunyai Tuan Komanden Baru.. Kalau x silap Tuan Komanden Norman  (credit pic to En Shafiq)
Ketua Platun Bravo(ayiem), Tuan Arazmi dan Cikgu Shafiq
Barisan Jurulatih dan staff KPP :D ( walaupun ramai yang dah bertukar kerja dan berhenti tapi semua jurulatih dan staf KPP bakal kami ingati) Pic credit to En Shafiq

Kehadiran Pengarah PLKN, Dato Abdul Hadi

Hari sukan, Semangat pasti ada untuk kem kami... :D
Pasukan futsal wira kem kami :D
Berkhemah di hutan ( lupa nama aktiviti nie :P)
Aktiviti Latihan Menembak
Seorang rakan ku menjalani aktiviti Tali tinggi

Ritchie.. XD
Walaupun seronok berada di kem nie tapi kami terpaksa berpisah, telah hampir 3 bulan ku berada di kem nie.Setiap perjumpaan mesti ada perpisahan, walaupun sedih meninggalkan kem, jurulatih dan rakan rakan, tapi ku perlu teruskan perjuangan di luar, dan Kem Puncak Permai sentiasa ku ingati tak kira di mana ku berada... :'(


Berkhidmat Untuk Negara :D (member Dorm L3)

             Maaf kalau kisah ini terlalu singkat, kalau ada masa pasti ku tulis semula.. Assalamualaikum.. :)